Home Koronavirus Covid-19: 43 kematian baharu, 20 BID

Covid-19: 43 kematian baharu, 20 BID

0
Covid-19: 43 kematian baharu, 20 BID

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 43 kematian baharu akibat Covid-19 pada Selasa.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 20 kes adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Menurut laman sesawang CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini disebabkan oleh virus berkenaan adalah sebanyak 32,433.

Laporan berkenaan turut memaklumkan bahawa purata 39 daripada 100,000 populasi kematian akibat Covid-19 di negara ini direkodkan bagi tempoh enam bulan lepas.

Pulau Pinang menjadi negeri tertinggi purata kematian setakat ini dengan 69 kematian, diikuti Johor (54) dan Perlis serta Sabah (46).

Setakat Selasa, KKM merekodkan 27,059 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah 3,252,745.

Sementara itu, terdapat 267,084 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, seramai 254,520 individu atau 95.3 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,704 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 7,574 kes dirawat di hospital dan 286 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 106 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 180 lagi memerlukan mesin ventilator.

Kadar penggunaan katil di ICU ialah 59.6 peratus dan penggunaan alat bantuan pernafasan sekitar 36 peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here