Home Koronavirus 17.3 peratus populasi kanak-kanak terima vaksin Covid-19

17.3 peratus populasi kanak-kanak terima vaksin Covid-19

0
17.3 peratus populasi kanak-kanak terima vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR – Sebanyak 615,671 individu atau 17.3 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) setakat Selasa.

Berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, sejumlah 14,176,241 atau 60.3 peratus populasi dewasa di dalam negara pula telah menerima dos penggalak Covid-19 dan seramai 22,945,612 atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi manakala 23,223,983 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,799,326 individu atau 90 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,888,143 atau 92.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 147,742 dos suntikan vaksin telah diberikan pada Selasa melibatkan 51,849 suntikan dos pertama, 613 suntikan dos lengkap dan 95,280 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 66,441,964.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 43 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Selasa dengan Sabah melaporkan 12 kes, diikuti Johor (sembilan), Selangor dan Negeri Sembilan (empat), tiga kes masing-masing di Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang, dua kes masing-masing di Melaka dan Perak manakala satu kes di Kuala Lumpur. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here