Home Koronavirus Ikea Cheras ditutup sementara, pekerja positif Covid-19

Ikea Cheras ditutup sementara, pekerja positif Covid-19

0
Ikea Cheras ditutup sementara, pekerja positif Covid-19

KUALA LUMPUR – Ikea Cheras menghentikan sementara operasinya pada Jumaat susulan terdapat kes positif Covid-19 melibatkan pekerja dan kakitangan perkhidmatan yang bertugas di pusat pemborong perabot itu.

Ikea Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, semua yang terlibat sedang menjalani tempoh kuarantin kendiri sehingga notis lanjut daripada pihak berkuasa.

Katanya, kali terakhir mereka bekerja ialah pada 8 hingga 14 Februari lalu.

“Pihak kami mengambil langkah pencegahan untuk menutup Ikea Cheras hari ini bagi membolehkan proses sanitasi dan pengesanan kontak selari dengan piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kami akan terus melakukan semua langkah keselamatan yang diperlukan termasuk penggantian rakan sekerja, penelusuran kontak, ujian saringan, kuarantin untuk semua kontak rapat dan pembersihan,” jelas kenyataan itu pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu, pihak Ikea bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan akan bertindak atas nasihat mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here