Home Koronavirus Beri keutamaan vaksin Covid-19 kepada warga emas, OKU: Rina

Beri keutamaan vaksin Covid-19 kepada warga emas, OKU: Rina

Beri keutamaan vaksin Covid-19 kepada warga emas, OKU: Rina

SEPANG- Warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu diberi keutamaan bagi fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun berkata, ia berikutan golongan berisiko tinggi itu berada dalam satu kelompok.

“Perkara ini saya telah bangkitkan dalam mesyuarat Kabinet,” katanya.

Menurutnya, seramai 48,564 warga emas dan19,439 OKU di seluruh negara akan diberikan pelalian kepada mereka secara berperingkat.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab menjaga warga emas dan OKU, sudah pasti saya kena pastikan mereka mendapat keutamaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menziarahi Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, pada fasa kedua pemberian vaksin melibatkan 9.4 juta individu, golongan sasar kementerian diletakkan pada kumpulan utama kedua.

“Kumpulan utama fasa kedua PICK melibatkan baki kakitangan petugas kesihatan dan keselamatan manakala kumpulan utama kedua adalah warga emas berumur 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi mengalami penyakit kronik seperti penyakit jantung, obesiti, diabetis dan tekanan darah tinggi serta OKU,” katanya.

Mengulas mengenai mobilisasi vaksin kepada golongan rentan, Rina berkata, inisiatif tersebut bakal memudahkan golongan sasar KPWKM.

“Sangat bagus kerana kita mempunyai 576 pusat jagaan yang berdaftar. Kementerian akan mendaftar mereka untuk mendapatkan pelalian Covid-19,” katanya.

PICK akan bermula Jumaat depan dengan 500,000 penerima yang terdiri daripada petugas kesihatan dan barisan hadapan.

Vaksin Covid-19 iaitu Comirnaty keluaran syarikat farmaseutikal, Pfizer-BioNTech dijangka tiba Ahad ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here