Home Koronavirus Jangan beli kit ujian pantas Covid-19 dalam talian: KKM

Jangan beli kit ujian pantas Covid-19 dalam talian: KKM

0
Jangan beli kit ujian pantas Covid-19 dalam talian: KKM

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli kit ujian pantas antibodi (RTK-Ab) dan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) yang dijual secara dalam talian dan media sosial untuk kegunaan diri sendiri.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, KKM melalui Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP) memaklumkan bahawa kedua-dua jenis kit ujian pengesanan Covid-19 itu dikawal di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737) dan memerlukan kebenaran mengimport dan membekal.

“Ia tidak boleh diiklankan dan dijual secara dalam talian atau melalui media sosial. Orang awam dinasihatkan tidak membeli kit ujian ini dan menjalankan pengujian.

“Ini kerana kit ujian ini adalah untuk kegunaan kakitangan perubatan yang berkelayakan dan terlatih sahaja dan ujian perlu dilakukan di fasiliti kesihatan yang diiktiraf KKM bagi memastikan pengendalian pesakit dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan untuk mengekang penularan wabak berkenaan,” menurut kenyataan yang dikongsikan di Twitter KKM.

KKM turut memaklumkan bahawa sebarang pertanyaan berkenaan perkara tersebut boleh diajukan kepada PBPP di femes.mda.gov.my.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here