Home Koronavirus Dos penggalak: Rakyat Pulau Pinang diseru mendaftar

Dos penggalak: Rakyat Pulau Pinang diseru mendaftar

0
Dos penggalak: Rakyat Pulau Pinang diseru mendaftar

GEORGETOWN – Penduduk Pulau Pinang diseru supaya mendaftar dalam senarai menunggu secara jumpa terus untuk menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 yang akan dilaksana bermula Isnin depan.

Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan negeri, Dr Norlela Ariffin berkata, secara keseluruhan Pulau Pinang mempunyai 503,000 individu yang layak bagi dos penggalak, namun setakat ini hanya 32,332 individu telah menerima dos tersebut.

“Setakat ini, Pulau Pinang berada di tangga kelima terbawah untuk negeri yang menerima dos penggalak,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, sebanyak 74 buah klinik dan lapan hospital swasta telah dijadikan pusat pemberian suntikan dos penggalak tambahan daripada 47 buah fasiliti sedia ada di negeri itu.

Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Penggalak (CITF-B) yang dipengerusikan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Selasa lepas bersetuju melaksanakan pendaftaran nama dalam senarai menunggu secara jumpa terus di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) fasiliti kesihatan seluruh negara bermula 22 November.

Orang ramai boleh merujuk dan menghubungi senarai PPV yang menyediakan perkhidmatan jumpa terus atau e-mel untuk daftar janji temu melalui www. protecthealth.com.my bermula pada tarikh itu.

Di PERAK, 70,775 individu telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 setakat Rabu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamarudin.

Beliau berkata, antara yang menerima dos penggalak itu ialah petugas barisan hadapan, individu berusia 40 tahun ke atas, individu berusia 18 tahun ke atas dengan komorbiditi, mereka yang perlu ke luar negara serta ibu mengandung. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here