Home Rasuah Busters Saksi rasuah depan mata dorong Cikgu Hashim bertanding

Saksi rasuah depan mata dorong Cikgu Hashim bertanding

0
Saksi rasuah depan mata dorong Cikgu Hashim bertanding

MELAKA – Tidak mahu melihat kerajaan Melaka tumbang sekali lagi dan berazam membebaskan negara daripada amalan rasuah serta salah guna kuasa mendorong Abu Hashim Abdul Samad untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Calon Pakatan Nasional (PN) yang bertanding di DUN Taboh Naning itu berkata, beliau mahu memerangi amalan rasuah yang dilihat semakin mengancam kesejahteraan negara terutama dalam sektor kerajaan.

Beliau yang mesra dengan panggilan Cikgu Hashim berkata, beliau melihat sendiri perbuatan keji itu ketika berkhidmat dalam kerajaan dan rasuah menyebabkan negara mengalami banyak kerugian.

Anak jati Taboh Naning itu berkata, akibat perbuatan rasuah, banyak projek yang terkandas kerana penyelewengan kuasa di peringkat pengurusan.

“Apa yang mendorong saya untuk bertanding kali ini kerana cita-cita saya untuk bebaskan negara daripada belenggu rasuah, selain berusaha menjadi contoh pemimpin yang bersih dan berintegriti.

“Pengalaman bekerja dalam kerajaan dahulu telah membuka mata saya apabila menyaksikan pelbagai projek tergendala dan kurang memuaskan ekoran terdapatnya elemen rasuah.

“Negara perlu dibersihkan daripada isu rasuah. Maka negara memerlukan pemimpin yang amanah dan sanggup berkhidmat untuk seluruh masyarakat, bukannya demi kepentingan diri,” katanya.Mengulas lanjut, bekas Leftenan Kolonel Rejimen Askar Wataniah Melaka itu berkata, PRN kali ini harus digunakan sepenuhnya oleh rakyat dalam memilih barisan kepimpinan yang telus memperjuangkan nasib rakyat.

“Adakah rakyat Melaka selamanya mahu melihat apa yang telah terjadi di negeri ini berulang lagi? Keputusan di tangan rakyat.

“Jika pemimpin itu jujur dan ikhlas berkhidmat, pastinya tiada isu rasuah akan timbul. Malah isu lompat parti juga tidak akan berlaku,” katanya.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here