Home Koronavirus Covid-19: Lebih 2.73 juta populasi remaja lengkap vaksinasi

Covid-19: Lebih 2.73 juta populasi remaja lengkap vaksinasi

0
Covid-19: Lebih 2.73 juta populasi remaja lengkap vaksinasi

KUALA LUMPUR – Seramai 2,738,450 individu atau 87 peratus daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat jam 11.59 malam pada Selasa.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, seramai 2,835,938 individu atau 90.1 peratus daripada golongan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, sejumlah 97.5 peratus atau 22,823,150 telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,126,700 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, sebanyak 167,323 dos vaksin diberikan pada Selasa melibatkan 3,161 dos pertama, 4,390 dos lengkap dan 159,772 dos penggalak.

Jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 56,207,871 dos, manakala jumlah kumulatif dos penggalak kini 4,879,326.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here