Home Koronavirus Covid-19: 57 lagi kematian direkod, lima BID

Covid-19: 57 lagi kematian direkod, lima BID

0
Covid-19: 57 lagi kematian direkod, lima BID

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 57 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kepada 31,192 orang, daripada 2.72 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal CovidNow, lima daripada 57 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 51,023 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 42,873 individu atau 84 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,069 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 3,728 kes dirawat di hospital dan 353 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 164 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 189 lagi memerlukan mesin ventilator. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here