Home Koronavirus Covid-19: Kes positif global lebih 439 juta, kematian cecah 5.97 juta

Covid-19: Kes positif global lebih 439 juta, kematian cecah 5.97 juta

0
Covid-19: Kes positif global lebih 439 juta, kematian cecah 5.97 juta

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 global kini melebihi 439 juta kes selepas terdapat pertambahan 1.53 juta kes baharu dilaporkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.

Ini diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 42.9 juta kes dan 28 juta.

Negara yang melepasi angka 23 juta kes adalah Perancis.

United Kingdom melebihi 19 juta, Rusia dengan 16 juta kes, manakala Turki, Jerman, Itali dan Sepanyol angka 10 juta.

Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 5 juta, diikuti Filipina melebihi 3.6 juta, Malaysia 3.4 juta dan Thailand dengan 2.9 juta kes, manakala Singapura melebihi 767,000 kes.

Sementara itu, berdasarkan data Johns Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 8,000 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 global kini mencecah 5.97 juta kes.

Amerika Syarikat merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 954,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 649,000 kes, India lebih 514,000 kes dan Rusia lebih 346,000 kes.

Sementara Mexico kini catat lebih 318,000 kematian.

United Kingdom, Itali, Perancis, Jerman dan Sepanyol pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 149,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 56,000 diikuti Malaysia dengan 32,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 23,000 angka korban. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here