Home Koronavirus Lebih 51,000 kanak-kanak di Sabah terima vaksin Covid-19

Lebih 51,000 kanak-kanak di Sabah terima vaksin Covid-19

0
Lebih 51,000 kanak-kanak di Sabah terima vaksin Covid-19

KOTA KINABALU – Seramai 51,049 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Sabah telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata jumlah itu mewakili 12.41 peratus daripada 411,400 kanak-kanak dalam lingkungan umur berkenaan yang layak menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 di negeri itu.

Beliau yang juga jurucakap kerajaan Sabah berkaitan Covid-19 berkata 301 daripada 2,236 kes baharu Covid-19 direkodkan di negeri itu pada Rabu melibatkan kanak-kanak berusia bawah 11 tahun yang belum mendapatkan vaksinasi.

“Sebanyak 168 kes daripadanya adalah kanak-kanak berusia di bawah lima tahun yang belum layak mendapat vaksin,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Masidi berkata 4,297 pesakit Covid-19 di Sabah dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah, menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh seramai 297,926 orang manakala 1,596 pesakit sedang menerima rawatan.

Menurutnya satu kluster institusi pendidikan iaitu Kluster Jalan Kiulu di Tuaran diisytihar tamat pada Rabu oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kluster masih aktif di Sabah kini 41. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here