Home Koronavirus Covid-19: 115 kematian direkod, 36 BID

Covid-19: 115 kematian direkod, 36 BID

0
Covid-19: 115 kematian direkod, 36 BID

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 115 kematian baharu akibat Covid-19 pada Rabu.

Daripada jumlah tersebut, 36 kes adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Menurut laman sesawang CovidNow, angka korban terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan kini 32,942 orang, daripada 3.47 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Sementara itu, bagi kategori BID pula, jumlah keseluruhan adalah 6,780 kes.

Laporan berkenaan turut memaklumkan bahawa purata 18 daripada sejuta populasi kematian akibat Covid-19 di negara ini direkodkan bagi tempoh dua minggu lepas.

Kedah menjadi negeri tertinggi purata kematian setakat ini dengan purata 34 kematian, diikuti Johor (32) dan Melaka (23).

Setakat Sabtu, KKM merekodkan 27,072 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah 3,472,616.

Dalam masa yang sama, kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 62.3 peratus dan penggunaan alat bantuan pernafasan sekitar 39.8 peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here