Home Koronavirus Covid-19: Kes baharu kembali rekod angka 4,000

Covid-19: Kes baharu kembali rekod angka 4,000

0
Covid-19: Kes baharu kembali rekod angka 4,000

SHAH ALAM – Kes baharu jangkitan Covid-19 kembali mencatatkan angka 4,000 apabila sebanyak 4,046 kes direkodkan pada Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 dalam negara kini sebanyak 2,824,973 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow: covidnow.moh.gov.my.

“Data harian laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya menerusi perkongsian di Twitter.

Semalam, sebanyak 3,764 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here