Home Rasuah Busters Bersatu hati tangani rasuah

Bersatu hati tangani rasuah

0
Bersatu hati tangani rasuah

TAMPIN – Warga Felda khususnya Felda Jelai 3 disini, perlu sentiasa bersatu dalam menangani isu rasuah yang menjadi satu cabaran besar kepada negara ketika ini.

Ketua Kampung Felda Jelai 3, Shahrani Abdul Rashid berkata, sekiranya rasuah tidak ditangani, ekonomi negara akan terjejas sekali gus memberi kesan kepada pendapatan peneroka Felda.

“Peneroka bergantung kepada hasil sawit ataupun getah sebagai pendapatan mereka selain menjalankan perniagaan seperti projek industri kecil dan sederhana (IKS).

“Kalau berlaku rasuah dan tidak dibanteras kita tidak akan kemana-mana, kita tahap itu sahajalah,” katanya pada Konvoi #RasuahBusters Negeri Sembilan dan Melaka di Masjid Nurul Huda,Felda Jelai 3, Gemas disini pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan sokongan dan menyambut baik usaha pasukan Rasuah Busters dalam menyampaikan mesej berkaitan rasuah kepada masyarakat setempat.

Sementara itu, Pengurus Felda Jelai 3, Mohd Najib Othman turut senada dengan Shahrani.

Katanya, setakat ini tiada isu rasuah di Felda Jelai 3 dan sedia maklum rasuah perkara yang dibenci dan tidak disukai oleh ALLAH SWT maka ia perlu jauhi walaupun cabaran dan dugaannya sentiasa ada.

” Paling utama kita buatlah apa yang ALLAH suka dan suruh dalam semua muamalat kita supaya mendapat keberkatan dan rahmat melimpah-limpah yang tidak disangka-sangka,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here