Home Koronavirus Covid-19 kembali menular di institusi pendidikan, 24 kluster seminggu

Covid-19 kembali menular di institusi pendidikan, 24 kluster seminggu

0
Covid-19 kembali menular di institusi pendidikan, 24 kluster seminggu

KUALA LUMPUR – Penularan Covid-19 kembali dikesan di institusi pendidikan negara dengan sebanyak 24 (89 peratus) kluster baharu pendidikan daripada 27 kluster baharu dilaporkan untuk tempoh seminggu ini.

Pada Jumaat (15 April), sebanyak tujuh kluster pendidikan dilaporkan daripada lapan kluster baharu sementara pada 14 April, kesemua lapan kluster baharu yang dilaporkan adalah kluster pendidikan.

Menurut data CovidNow Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga jam 11.59 malam 15 April 2022, daripada tujuh kluster pendidikan itu, Kluster Jalan Hulu Yam Bharu 2 (Selangor) merekod sebanyak 106 kes positif Covid-19 setakat tarikh berkenaan.

Kluster pendidikan lain yang mencatat kes Covid-19 tiga angka ialah Kluster Kampung Gaing 2 (Negeri Sembilan) sebanyak 109 kes, setakat 14 April dan Kluster Jalan Shah Banting 2 (Selangor) dengan 146 kes, setakat 12 April.

Daripada 24 kluster pendidikan ini, negeri yang melaporkan kluster terbanyak adalah Negeri Sembilan (6 kluster), Perak (5 kluster) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (4 kluster).

Menurut laporan media, dua buah institusi pendidikan ditutup akibat penularan Covid-19 iaitu Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Muar yang diarah tutup selama seminggu bermula Sabtu (9 April) selepas 30 orang pelajar positif Cpvid-19 dan Sekolah Menengah Sains Rembau (Semesra) diarah tutup selama seminggu (11 April hingga 18 April).

Seramai 60 orang pelajar Semesra dilaporkan positif Covid-19 melibatkan pelajar tingkatan dua hingga lima.

Berikut kluster baharu pendidikan yang dilaporkan sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (9 April hingga 15 April 2022):-

9 April (1), 10 April (1), 11 April (1), 12 April (3), 13 April (3), 14 April (8) dan 15 April (7).

Sepanjang tempoh ini, sebanyak 27 kluster baharu direkod, iaitu 24 kluster pendidikan (89 peratus) dan 3 (11) kluster kumpulan berisiko tinggi.

Rekod kluster baharu dan perincian kluster:-

9 April – 2 (pendidikan 1 dan kumpulan berisiko tinggi 1);

10 April – 1 (pendidikan 1);

11 April – 2 (pendidikan 1 dan kumpulan berisiko tinggi 1);

12 April – 3 (pendidikan 3);

13 April – 3 (pendidikan 3);

14 April – 8 (pendidikan 8) dan

15 April – 8 (pendidikan 7 dan kumpulan berisiko tinggi 1).

– Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here