Home Koronavirus Covid-19: 16 kematian baharu dilapor termasuk lima BID

Covid-19: 16 kematian baharu dilapor termasuk lima BID

0
Covid-19: 16 kematian baharu dilapor termasuk lima BID

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat melaporkan 16 kematian baharu akibat Covid-19 termasuk lima daripadanya diklasifikasikan sebagai kematian luar hospital (BID).

KKM turut merekodkan sebanyak 9,648 kes Covid-19 baharu membabitkan 9,648 kes tempatan dan 25 kes import.

Menurut data KKM di portal CovidNow, jumlah kematian terbaharu yang dicatatkan itu menjadikan jumlah kumulatif kematian kini mencapai angka 35,397 kes.

Perak merekodkan angka kematian tertinggi dengan lima kes diikuti Pahang, Pulau Pinang dan Selangor yang masing-masing dua kes.

Johor, Perlis, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur pula masing-masing mencatatkan satu kes.

Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Sementara itu, jumlah kes aktif yang direkodkan adalah sebanyak 113,175 termasuk 2,271 dirawat dihospital dengan 65 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 87 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 110,385 kes pula menjalani kuarantin di rumah dan 357 kes lagi di PKRC.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan di Malaysia sehingga kini ialah 4,372,697 melibatkan 4,336,258 penularan tempatan dan 36,439 kes import.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here