Home Koronavirus Covid-19: Kadar kebolehjangkitan negara menurun kepada 1.27

Covid-19: Kadar kebolehjangkitan negara menurun kepada 1.27

Covid-19: Kadar kebolehjangkitan negara menurun kepada 1.27

SHAH ALAM – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 negara dilaporkan menurun pada tahap 1.27 pada Khamis

Berdasarkan data yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter rasminya pada Jumaat, Labuan masih merekodkan kadar tertinggi sekali gus melepasti Rt negara dengan kadar 1.99.

Sarawak mencatatkan 1.50 manakala Sabah 1.47 diikuti Perlis (1.44); Kedah (1.41); Pulau Pinang (1.39); Terengganu (1.37); Kelantan (1.36) dan Selangor (1.32)

Negeri Sembilan merekodkan nilai Rt pada 1.30, manakala, Pahang dan Kuala Lumpur mencatatkan kadar 1.29 diikuti Putrajaya dan Johor 1.27; Perak (1.23) dan Melaka (1.21).

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan virus iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Semakin rendah nilai Rt, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 17 hb Feb 2022 untuk seluruh negara adalah 1.27. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran pic.twitter.com/ZR3TmxKiPN

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 17, 2022

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here