Home Koronavirus Covid-19: FDA lulus dos ketiga vaksin kepada golongan berisiko

Covid-19: FDA lulus dos ketiga vaksin kepada golongan berisiko

0
Covid-19: FDA lulus dos ketiga vaksin kepada golongan berisiko

WASHINGTON – Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) meluluskan penggunaan dos penggalak atau booster vaksin Covid-19 jenis Pfizer dan Moderna kepada individu yang mempunyai tahap sistem kekebalan tubuh yang lemah selepas dua dos.

FDA mengubah garis panduan kelulusan kecemasan membolehkan individu yang menjalani pemindahan organ dan lemah sistem imuniti mendapatkan suntikan penggalak.

Panel penasihat kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) memilih untuk mencadangkan suntikan tambahan itu dan ia ditandatangani pada Jumaat.

Individu yang mempunyai sistem imuniti lemah akan mendapat dos tambahan itu secepat mungkin.

Percampuran vaksin mRNA dibenarkan untuk suntikan ketiga sekiranya vaksin asalnya tiada bekalan.

Menurut pegawai, pesakit tidak memerlukan preskripsi atau pemberitahuan daripada penyedia perkhidmatan kesihatan untuk membuktikan bahawa mereka mempunyai imuniti lemah bagi mendapatkan dos ketiga.

Terdapat kebimbangan yang semakin meningkat mengenai jangkitan Covid-19 terhadap golongan berisiko di AS susulan peningkatan ketara kes baharu akibat varian Delta.

Kumpulan rentan terdiri daripada kurang tiga peratus populasi dewasa AS.

Pemangku Pesuruhjaya FDA, Janet Woodcock berkata, perkara itu diputuskan selepas kajian menyeluruh terhadap data yang ada dan kumpulan berisiko ini dapat memperoleh manfaat daripada dos ketiga vaksin Pfizer atau Moderna.

Tambah Woodcock, individu lain yang telah diberikan vaksin sepenuhnya tidak memerlukan dos vaksin tambahan ketika ini. – Sumber Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here