Home Koronavirus Lebih 206 juta dijangkiti Covid-19 di seluruh dunia

Lebih 206 juta dijangkiti Covid-19 di seluruh dunia

0
Lebih 206 juta dijangkiti Covid-19 di seluruh dunia

LEBIH 700,000 kes positif Covid-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas di seluruh dunia menjadikan kes positif global ketika ini melepasi 206 juta kes.

Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 36.5 juta kes, diikuti India dengan lebih 32.1 juta kes dan Brazil dengan lebih 20.3 juta kes, menurut data terbaharu Johns Hopkins University.

Negara yang melebihi angka 6 juta kes ialah Perancis, Rusia, United Kingdom dan Turki, sementara Argentina melebihi 5 juta kes.

Colombia dan Sepanyol pula mencatat kes melebihi 4 juta.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 3.8 juta kes, diikuti Filipina dengan lebih 1.7 juta.

Malaysia pula 1.3 juta kes, manakala Thailand 863,189 dan Singapura merekodkan lebih 66,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.34 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 620,972 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 567,000 kes, India lebih 430,000 kes, Mexico lebih 246,000 kes, manakala United Kingdom, Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 91,000 kes adalah Jerman.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 115,000 kes.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 29,000 diikuti Malaysia lebih 11,000, manakala Thailand mencatat lebih 7,000 angka korban.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here