Home Koronavirus Lebih 10 juta individu lengkap dua dos vaksin

Lebih 10 juta individu lengkap dua dos vaksin

0
Lebih 10 juta individu lengkap dua dos vaksin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 31.1 peratus atau 10,144,199 populasi negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat Jumaat, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian infografik di Twitter rasminya, beliau memaklumkan seramai 16,707,566 orang telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat Jumaat sebanyak 26,851,765 dos.

Mengikut peratusan, 71.4 peratus daripada populasi dewasa negara telah mendapat dos pertama manakala 43.3 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan 462,860 dos diberikan pada Jumaat dengan 162,182 adalah dos pertama manakala 300,678 adalah dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. – Bernama

Jumlah pemberian vaksin COVID-19 sehingga 13 Ogos 2021 ialah 26,851,765 dos.

462,860 dos pada 13 Ogos.

Dos 1 : 162,182

Dos 2 : 300,678

Jumlah terima dos pertama ialah 16,707,566 orang. Daripada jumlah itu, 10,144,199 orang telah terima dos kedua.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/nekiE2hZtY

— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) August 14, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here