Home Koronavirus Covid-19 jadikan kanak-kanak terima gejala serius MIS-C

Covid-19 jadikan kanak-kanak terima gejala serius MIS-C

0
Covid-19 jadikan kanak-kanak terima gejala serius MIS-C

SHAH ALAM – Jangkitan Covid-19 kepada kanak-kanak akan mengakibatkan mereka mendapat gelaja serius sindrom keradangan pelbagai sistem (MIS-C).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, bagi menghindari perkara tersebut, ibu bapa disaran mengambil suntikan vaksin Covid-19 kepada anak-anak mereka.

“Dalam gelombang Omicron ini, semestinya kita bimbang terhadap golongan yang masih belum divaksin terutamanya warga emas dan kanak-kanak. Kadar kemasukan kanak-kanak ke hospital telah mula menunjukkan peningkatan.

“Covid-19 boleh menyebabkan gejala serius MIS-C terhadap kanak-kanak. Elakkan anak anda daripada mengalami kesan serius Covid-19. Vaksin anak anda segera. Jangan tunggu. Lindungi anak anda. Daftar sekarang,” katanya dalam satu hantaran video pada Selasa.

Mengulas mengenai MIS-C, Pakar Perunding Pediatrik, Dr Selva Kumar Sivapunniam berkata, ia merupakan satu komplikasi akibat daripada jangkitan Covid-19 dan timbul selepas dua hingga enam minggu kanak-kanak dijangkiti.

“Tanda awal penyakit ialah demam berterusan satu atau dua hari, timbul juga tanda lain iaitu mata kemerah-merahan, ruam, muntah, sakit perut dan cirit,” ujarnya.

Jelas beliau, MIS-C boleh mengakibatkan kebanyakan organ dalam badan terutama jantung, paru-paru, otak, usus buah pinggang kurang berfungsi.

“Terutama sekali jantung yang akan kurang berfungsi. Ia boleh menyebabkan tekanan darah rendah sehingga boleh rebah,” katanya.

Tambahnya, ibu bapa yang melihat anak-anak mempunyai simptom tersebut disaran untuk membawa mereka kepada doktor dengan segera.

“Doktor akan periksa dan pastikan bahawa ia adalah MIS-C atau tidak,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here