Home Koronavirus Covid-19: 3,927 kes baharu, enam kematian

Covid-19: 3,927 kes baharu, enam kematian

0
Covid-19: 3,927 kes baharu, enam kematian
Sebanyak 3,927 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan pada Jumaat. – Foto hiasan

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Jangkitan kes baharu Covid-19 pada Jumaat menurun ke 3,927 berbanding 4,413 pada hari sebelumnya.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan meningkat ke 4.687 juta kes sejak pandemik melanda negara.

Kes aktif Covid-19 di Malaysia kini mencatatkan sebanyak 46,506 kes dengan 96.4 peratus atau 44,843 sedang menjalani kuarantin di rumah.

Selain itu, terdapat enam kes kematian dicatatkan dengan tiga daripadanya berlaku di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Dilaporkan terdapat 1,587 kes dirawat di hospital dengan 52 kini ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) dengan 38 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here