Home Koronavirus Covid-19: 4,413 kes baharu, 8 kematian

Covid-19: 4,413 kes baharu, 8 kematian

0
Covid-19: 4,413 kes baharu, 8 kematian
Malaysia mencatatkan 4,413 kes baharu Covid-19 pada Khamis. – Foto fail Bernama

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 4,413 kes baharu Covid-19 pada Khamis dengan enam daripadanya merupakan kes import.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik itu di negara ini meningkat kepada 4,697,213.

Menurut portal CovidNow, lapan kematian akibat Covid-19 turut dilaporkan termasuk empat kes melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu di Malaysia bertambah kepada 36,003.

Terdapat 52 kes ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) dengan 32 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here