SHAH ALAM – Jumlah kes harian Covid-19 kekal paras tinggi pada Sabtu apabila 2,717 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah kumulatif kes 390,252.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter rasminya memaklumkan, Selangor merekodkan kes baharu tertinggi dengan 768, diikuti Sarawak (570), Kelantan (518), Kuala Lumpur (240), Pulau Pinang (134) dan Johor (126).
Sejumlah 132 kes direkodkan di Sabah, diikuti Perak (54), Terengganu (50), Kedah (34), Melaka (30), Negeri Sembilan (27), Pahang (22), Putrajaya (11), Perlis (satu) selain tiada kes baharu di Labuan.
MENYUSUL
Sehingga 24 April 2021: Jumlah kes COVID-19 adalah 2,717 kes (390,252 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 768 (127,260)
Sabah – 132 (57,538)
Johor – 126 (44,128)
WP KL – 240 (41,754)
Sarawak – 570 (27,319) 1/2
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 24, 2021