Home Koronavirus Bomba urus jenazah lelaki obes positif Covid-19

Bomba urus jenazah lelaki obes positif Covid-19

Bomba urus jenazah lelaki obes positif Covid-19

TUMPAT – Seramai 20 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan membantu urusan pengebumian jenazah seorang lelaki obes yang meninggal dunia akibat Covid-19, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Mandol di sini pada awal pagi Sabtu.

Lelaki berusia 29 tahun yang mempunyai berat badan 260 kilogram itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu pada malam Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Penolong Penguasa Bomba Raja Arisan Raja Ismail berkata, jenazah lelaki itu tiba di tanah perkuburan pada jam 1.30 pagi.

Beliau berkata, proses pengebumian selamat disempurnakan kira-kira jam 2.30 pagi.

“Kesemua anggota yang terlibat dalam operasi itu terdiri daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wakaf Bharu termasuk 12 daripada Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Kota Bharu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, JBPM mengambil masa selama setengah jam untuk menyempurnakan jenazah tersebut mengikut garisan panduan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Beliau berkata, pihaknya menggunakan tali untuk menurunkan jenazah lelaki berkenaan.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak tujuh jenazah mangsa Covid-19 telah diuruskan di daerah itu bermula dari Januari hingga April ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here