Home Koronavirus Covid-19: Sarawak catat 445 kes baharu

Covid-19: Sarawak catat 445 kes baharu

0
Covid-19: Sarawak catat 445 kes baharu

KUCHING – Terdapat 445 kes baharu Covid-19 di Sarawak pada Sabtu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri itu meningkat kepada 31,104, demikian menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

JPBN dalam kenyataan memaklumkan daripada jumlah kes positif itu, 60 peratus dikesan di Sibu, Beluru, Miri, Mukah dan Selangau.

“Sebanyak 235 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif Covid-19 manakala 115 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada.

“Sebanyak 48 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan, 45 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan dan dua kes melibatkan individu yang datang atau balik dari negeri lain dalam Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, angka kematian akibat jangkitan Covid-19 di Sarawak meningkat kepada 180 orang selepas dua lagi kes baharu dilaporkan hari ini dengan masing-masing satu kematian di Hospital Bintulu dan Hospital Umum Sarawak.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengisytiharkan empat kluster baharu iaitu masing-masing satu di daerah Beluru, Sebauh, Bintulu dan Selangau.

Sehingga kini, jumlah kluster yang masih aktif di Sarawak ialah 79. -Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here