Home Koronavirus Covid-19: Keadaan kembali meruncing

Covid-19: Keadaan kembali meruncing

0
Covid-19: Keadaan kembali meruncing

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan keadaan penularan Covid-19 di negara ini kembali meruncing dan memerlukan setiap individu untuk terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP).

Menerusi hantaran di laman Twitternya beliau berkata, orang ramai perlu kembali kepada amalan 3C iaitu jauhi kawasan yang sesak (crowded place), elakkan kawasan yang sempit (confined space) dan elak sembang dengan jarak yang dekat (close conversation).

“Manakala amalan 3W – kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup muka di tempat awam (wear) dan peringatan KKM (warn) seperti elak bersalaman dan rawatan segera jika bergejala,” katanya.

Dr Noor Hisham menerusi ciapan berasingan memaklumkan kes positif baharu Covid-19 hari ini mencatatkan 2,881 kes berbanding 3,788 kes semalam.

Katanya, Selangor kekal merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 759 kes diikuti Sarawak (445) dan Kelantan (442). Perlis pula menjadi negeri tunggal tanpa jangkitan hari ini, apabila mencatatkan sifar kes baharu Covid-19. – Bernama

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here