Home Koronavirus 87.6 peratus populasi dewasa lengkap divaksin

87.6 peratus populasi dewasa lengkap divaksin

0
87.6 peratus populasi dewasa lengkap divaksin

KUALA LUMPUR- Seramai 20.51 juta individu atau 87.6 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat Ahad.

Berdasarkan portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, 94.3 peratus atau 22.08 juta daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi keseluruhan, seramai 20.62 juta individu atau 63.1 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Pada masa sama, 72.9 peratus atau 23.83 juta daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Selain itu, seramai 108,826 atau 3.5 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Terdapat pertambahan 206,574 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah lebih 44.35 juta dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. –Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here