Home Koronavirus 858,054 kanak-kanak Malaysia lengkap vaksinasi Covid-19

858,054 kanak-kanak Malaysia lengkap vaksinasi Covid-19

0
858,054 kanak-kanak Malaysia lengkap vaksinasi Covid-19

KUALA LUMPUR – Sebanyak 858,054 atau 24.2 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat Sabtu.

Berdasarkan laman web CovidNow, sebanyak 1,535,126 atau 43.3 peratus kanak-kanak dalam kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,894,109 atau 93 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,991,866 dan 96.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,034,886 individu dewasa atau 68.2 peratus telah menerima dos penggalak manakala 22,967,044 atau 97.6 peratus melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,243,382 (98.8 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 35,318 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam melibatkan 7,067 dos pertama, 26,319 dos kedua dan 1,932 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,311,109.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan hanya lima kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan Kedah mencatatkan angka tertinggi iaitu dua kes, manakala masing-masing satu kes di Johor, Pahang dan Terengganu. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here