Home Koronavirus Lima kematian baharu Covid-19 direkodkan

Lima kematian baharu Covid-19 direkodkan

0
Lima kematian baharu Covid-19 direkodkan

KUALA LUMPUR – Angka kematian akibat jangkitan Covid-19 terus mencatatkan penurunan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan hanya lima kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,547 orang, daripada 4.4 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal CovidNow, tiada kematian berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, terdapat 45,506 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 44,214 individu atau 97.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 33 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 1,190 kes dirawat di hospital dan 79 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 24 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 45 lagi memerlukan mesin ventilator.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here