Home Koronavirus 82.8 peratus populasi remaja negara lengkap divaksinasi

82.8 peratus populasi remaja negara lengkap divaksinasi

0
82.8 peratus populasi remaja negara lengkap divaksinasi

KUALA LUMPUR – Seramai 2,607,392 atau 82.8 peratus daripada populasi remaja di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman CovidNow, sebanyak 2,762,739 individu atau 87.7 peratus bagi golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula seramai 22,442,346 individu atau 95.9 peratus telah lengkap divaksinasi manakala 22,944,240 atau 98 peratus individu dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sebanyak 138,752 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 5,067 dos pertama, 8,428 dos lengkap serta 125,257 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 52,391,444. -Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here