Home Koronavirus 80,366 individu terima suntikan pertama vaksin Covid-19

80,366 individu terima suntikan pertama vaksin Covid-19

80,366 individu terima suntikan pertama vaksin Covid-19

SHAH ALAM – Seramai 80,336 individu telah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sehingga Rabu.

Berdasarkan infografik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter, Sarawak mencatatkan bilangan tertinggi dengan 13,692 penerima suntikan vaksin Covid-19.

Bagi tempoh sama, Kuala Lumpur kedua tertinggi dengan 8,505 individu diikuti negeri Perak (7,757) dan Kelantan (7,725).

“Selain itu, Pahang merekodkan jumlah suntikan sebanyak 7,415 diikuti Johor (6,454), Terengganu (4,566), Selangor (4,276) dan Kedah (4,388).

“Jumlah penerima suntikan bagi Negeri Sembilan ialah seramai 3,101 orang, selain Pulau Pinang (2,914), Melaka (2,752), Sabah (1,898), Labuan (1,789), Perlis (1,598) dan Putrajaya (1,507),” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Khamis.

Pada 24 Februari lalu, kerajaan telah memulakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama dalam Malaysia yang menerima suntikan tersebut diikuti, Dr Noor Hisham.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here