Home Koronavirus Hajiji terima vaksin Covid-19

Hajiji terima vaksin Covid-19

0
Hajiji terima vaksin Covid-19

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mendahului penerima suntikan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech sempena Majlis Pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Peringkat Sabah pada Khamis.

Hajiji menerima suntikan itu pada jam 9.58 pagi bersama dua lagi penerima vaksin lain iaitu Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali.

Penerima vaksin seterusnya ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong dan Panglima Divisyen ke-5 Infantri, Mejar Jeneral Datuk Mohd Halim Khalid serta beberapa anggota barisan hadapan yang lain.

Suntikan vaksin masih sedang dijalankan dan seramai 12 individu sebagai penerima awal bagi sesi pagi Khamis di Dewan Serbaguna Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah.

Dewan berkenaan turut dijadikan pusat pemberian vaksin Covid-19 bagi Kota Kinabalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here