Home Koronavirus 7.18 bilion dos vaksin Covid-19 didaftar di seluruh dunia

7.18 bilion dos vaksin Covid-19 didaftar di seluruh dunia

0
7.18 bilion dos vaksin Covid-19 didaftar di seluruh dunia

JUMLAH dos vaksin Covid-19 yang sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat pagi Sabtu mencecah 7.18 bilion.

Menurut data Johns Hopkins University, setakat ini, sejumlah 7,187,147,330 dos vaksin sudah didaftar atau disuntik di peringkat global.

China mendahului dengan lebih 2.3 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan 1.079 bilion dos dan Amerika Syarikat dengan lebih 425 juta dos.

Brazil mencatat lebih 277 juta dos sementara Jepun melebihi 191 juta.

Turki, Jerman dan Mexico mencatat angka melepasi 100 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan 202 juta dos.

Ini diikuti Thailand dengan lebih 78 juta, manakala Filipina 62 juta dan Malaysia 50 juta.

Singapura sudah melebihi 10 juta dos vaksin yang didaftarkan. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here