Home Koronavirus Covid-19: 47 lagi kes kematian, keseluruhan 29,202

Covid-19: 47 lagi kes kematian, keseluruhan 29,202

0
Covid-19: 47 lagi kes kematian, keseluruhan 29,202

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sejumlah 47 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 29,202 kes, daripada 2.49 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal CovidNow, 4 daripada 47 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses yang mengambil masa bagi mengesahkan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut.

Sementara itu, terdapat 66,240 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 51,406 individu atau 77.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 8,698 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 5,587 kes dirawat di hospital dan 549 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 267 pesakit tidak memerlukan bantuan pernafasan dan 282 lagi memerlukan mesin ventilator. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here