Home Koronavirus 62 individu positif Covid-19 dalam kluster komuniti di Julau

62 individu positif Covid-19 dalam kluster komuniti di Julau

0
62 individu positif Covid-19 dalam kluster komuniti di Julau

KUCHING – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) Sarawak pada Jumaat mengistiharkan kluster baharu Suchong Balut di Julau, selepas 62 individu didapati positif Covid-19, menjadikan kluster aktif di negeri itu kepada 141.

JPBN Sarawak dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan kluster itu dikesan melibatkan penduduk di dua buah rumah panjang berdekatan, yang terletak di kawasan Sungai Suchong Balut.

“Daripada 78 individu yang disaring, seramai 62 orang didapati positif termasuk kes indeks, 13 individu negatif dan tiga lagi masih menunggu keputusan,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Sarawak merekodkan 3,734 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri ini kini 147,764 kes.

Daripada jumlah keseluruhan itu, seramai 110,392 individu atau 74.71 peratus telah pulih atau dibenarkan discaj daripada hospital dan jumlah kematian akibat pandemik itu kini meningkat kepada 607 orang selepas lima lagi kematian dilaporkan. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here