Home Koronavirus Usaha Covid Now tidak boleh disia-siakan: Guan Eng

Usaha Covid Now tidak boleh disia-siakan: Guan Eng

Usaha Covid Now tidak boleh disia-siakan: Guan Eng

SHAH ALAM – Usaha Covid Now tidak boleh disia-siakan di samping data terperinci harus dikaji dan dianalisa dengan tindakan yang bersasar.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, sekiranya data Covid Now disusuli dengan tindakan segera, ini memberikan harapan bahawa pendekatan keseluruhan melibatkan semua segmen masyarakat yang dapat ikut serta untuk menang dalam pertempuran melawan Covid-19.

“Terdapat keperluan mendesak bagi kerajaan Persekutuan untuk mencurahkan sumber serta tenaga kerja, ubat-ubatan, lebih banyak katil di unit rawatan rapi (ICU) dan kemudahan untuk merawat pesakit kepada hospital-hospital kita yang sedang tertekan dalam melindungi keselamatan kakitangan dan pesakitnya,” katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Jumaat.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilapor melancarkan laman web baharu dikenali Covid Now yang boleh dilayari mulai jam 6 petang Khamis.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kewujudan laman web itu juga seiring dengan hasratnya untuk lebih telus dalam perkongsian maklumat.

Mengulas lanjut, Guan Eng yang merupakan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang menambah, Pulau Pinang perlu memanfaatkan kelebihan daya saingnya yang memiliki sektor perubatan swasta terbaik di Malaysia dengan kepandaian, kemahiran dan kepakaran mereka.

“Rakyat Pulau Pinang mengharapkan berita baik apabila Khairy membuat lawatan rasmi ke negeri ini esok (Sabtu).

“Mungkin ada ruang bekerjasama dengan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menang dalam pertempuran menentang Covid-19 demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat,” jelasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here