Home Koronavirus 39 korban baharu Covid-19

39 korban baharu Covid-19

39 korban baharu Covid-19

SHAH ALAM – Kes kematian baharu akibat Covid-19 merekodkan kepada 39 kes setakat tengah malam Khamis.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 32,239 orang daripada 3,117,485 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, 17 kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu, terdapat pertambahan 14,918 kes aktif Covid-19 di seluruh negara yang menjadikan 217,782 kes.

Daripada jumlah itu, 204,876 individu atau 94.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 5,571 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 7,119 kes dirawat di hospital dan 216 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 75 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 141 lagi memerlukan mesin ventilator.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here