Home Koronavirus 27,179 kes Covid-19 baharu direkodkan

27,179 kes Covid-19 baharu direkodkan

0
27,179 kes Covid-19 baharu direkodkan

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 27,179 kes baharu Covid-19 pada Selasa menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 3,273,958.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah berkenaan melibatkan 27,059 kes tempatan dan 120 kes import.

Ujar beliau, daripada jumlah itu, sebanyak 27,007 kes yang dilaporkan atau 99.37 peratus terdiri daripada kategori satu dan dua iaitu tidak mempunyai gejala serta bergejala ringan, manakala sebanyak 172 kes atau 0.63 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Bagi pecahan daripada jumlah tersebut, sebanyak 19,215 kes atau 70.70 peratus adalah daripada pesakit Covid-19 kategori dua, sementara 7,792 kes atau 28.67 peratus adalah pesakit kategori satu.

“Bagi kategori tiga, terdapat 102 kes (0.47 peratus), kategori empat dengan 43 kes (0.16 peratus) dan bagi kategori lima adalah sebanyak 27 kes (0.10 peratus),” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan jumlah keseluruhan 172 kes bagi pesakit kategori tiga hingga lima, 51 kes atau 29.65 peratus dilaporkan tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan pelalian berkenaan.

“91 kes atau 52.91 peratus sudah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi tidak menerima dos penggalak. Sebanyak 30 kes sudah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 67 kes melibatkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. 93 kes mempunyai komorbid dan enam kes ibu mengandung.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak sembilan kluster baharu direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif sebanyak 505.

“Sebanyak 286 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 99 daripadanya disahkan Covid-19 manakala kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan pula adalah sebanyak 187,” katanya.

Bagi kes memerlukan bantuan pernafasan pula, jelasnya, sebanyak 180 kes dilaporkan dengan 58 kes disahkan Covid-19 dan 122 lagi kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

Empat negeri mencatatkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus bagi katil kes kritikal atau ICU dengan Kelantan mendahului sebanyak 78 peratus, Johor (69 peratus), Kuala Lumpur (62 peratus) dan Melaka (54 peratus).

Dr Noor Hisham turut memaklumkan negara merekodkan sebanyak 19,037 kes sembuh pada Selasa menjadikan jumlah kumulatif kepada 2,974,441 kes setakat ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here