Home Koronavirus 2.3 juta warga emas dapat vaksin PICK fasa dua

2.3 juta warga emas dapat vaksin PICK fasa dua

2.3 juta warga emas dapat vaksin PICK fasa dua

PUTRAJAYA – Seramai 2.3 juta warga emas telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) fasa dua.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, jumlah itu daripada keseluruhan 4.1 juta dos vaksin yang diberikan dalam fasa kedua yang turut merangkumi orang kurang upaya (OKU) dan individu yang mempunyai komorbiditi.

“Individu OKU yang mendapat suntikan vaksin seramai 127,775 dan mereka yang mempunyai komorbiditi pula seramai 853,554,” katanya ketika sidang akhbar mingguan perkembangan PICK di sini pada Isnin.

Khairy berkata, setakat Isnin, jumlah keseluruhan kumpulan fasa dua yang mendaftar di bawah PICK seramai 5.4 juta dengan 2.89 juta daripadanya warga emas.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here