Home Koronavirus 8,615 janji temu untuk pelajar ke luar negara

8,615 janji temu untuk pelajar ke luar negara

8,615 janji temu untuk pelajar ke luar negara

PUTRAJAYA – Sebanyak 8,615 janji temu pengambilan vaksin dikeluarkan untuk pelajar yang akan melanjutkan pengajian di luar negara.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pemberian vaksinasi itu turut merangkumi pelajar yang belum mencapai usia 18 tahun pada tarikh mereka mengambil vaksin dengan beberapa syarat.

“Jadi bagi mereka yang berusia 17 tahun tetapi akan jadi usia 18 tahun dalam tahun ini juga mereka boleh divaksinasi terutama yang ke luar negara dengan syarat ibu bapa atau penjaga mereka menandatangani surat perakuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar mingguan perkembangan PICK di sini pada Isnin.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here