KUALA LUMPUR – Sebanyak 19,495 kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara, meningkat berbanding 15,699 kes pada semalam (Selasa).
Pertambahan itu bermakna jumlah kumulatif kes Covid-19 negara adalah 2,030,935 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Sarawak kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 4,709 kes.
3) Bilangan Kes COVID-19 Mengikut Negeri (Sehingga 15 September 2021, 12:00 Tengah Hari)
• Bilangan kes baharu19,495 kes
• Bilangan kes kumulatif2,030,935 kes
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 15, 2021