Home Koronavirus Prapendaftaran Program SelVax bergerak dibuka

Prapendaftaran Program SelVax bergerak dibuka

0
Prapendaftaran Program SelVax bergerak dibuka

SHAH ALAM – Prapendaftaran program Vaksin Selangor (SelVak) bergerak yang diadakan bagi memastikan tiada rakyat negeri ini tercicir daripada menerima suntikan vaksin Covid-19 kini dibuka.

Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, program yang bermula pada Rabu sehingga Sabtu itu melibatkan tujuh lokasi.

Menurutnya, lokasi terbabit adalah Dewan Terbuka Padang Bola Sepak Batu Caves yang diadakan pada 15 September, Laman Santai Ampang dan Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali (16 September), Stadium Jugra Banting dan Padang Pandan Mewah DUN Teratai (17 September), Kompleks Niaga Sungai Merah dan Tapak Pasar Malam Sungai Way pula pada 18 September.

“Syarat kelayakan adalah warganegara dan bukan warganegara yang berumur 18 tahun ke atas serta masih belum menerima suntikan vaksin dos pertama.

“Prapendaftaran boleh dibuat di aplikasi SELangkah dengan memasukkan kod baucar yang betul, manakala tutorial boleh diikuti di https://but.ly/3k2mUHo,” katanya dalam hebahan yang disiarkan di laman Facebook.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here