Home Koronavirus 1,889 kes baharu positif Covid-19 hari ini

1,889 kes baharu positif Covid-19 hari ini

1,889 kes baharu positif Covid-19 hari ini

PUTRAJAYA – Kes baharu positif Covid-19 terus merekodkan peningkatan selepas 1,889 dilapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter pada Rabu memaklumkan, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 365,829 kes.

Beliau berkata, Selangor mendahului negeri lain dengan 517 kes direkodkan diikuti Sarawak (489), Kelantan (226), Sabah (142) dan Kuala Lumpur (139)

“Pulau Pinang dilaporkan mempunyai 92 kes, Johor (84), Perak (56), Kedah (53) dan Negeri Sembilan (51) serta Terengganu (14),” katanya.

Sementara itu, Putrajaya pula mencatatkan sebanyak lapan kes, Melaka dan Perlis masing-masing enam dan tiga kes manakala Labuan satu kes.

Beliau berkata, terdapat tujuh kluster baharu dikenalpasti menjadikan jumlah keseluruhan kluster ialah 1,485.

“Jumlah kluster yang diisytiharkan tamat ialah 1,144 manakala 341 lagi membabitkan kluster aktif,” katanya.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here