Home Koronavirus Jangkitan Covid-19 di Kelantan terus meningkat

Jangkitan Covid-19 di Kelantan terus meningkat

0
Jangkitan Covid-19 di Kelantan terus meningkat

KOTA BHARU – Kelantan terus mencatatkan peningkatan jumlah jangkitan pandemik Covid-19 sehingga 226 kes baharu pada Rabu.

Menurut laman sosial rasmi Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), kes baharu berkenaan melibatkan 219 kes tempatan, dua kes import B dan lima kes penjara dan lokap.

Sehingga kini, kumulatif kes di negeri ini adalah sebanyak 7,506 kes.

Kes baharu yang dicatatkan pada Rabu melibatkan beberapa daerah di negeri ini iaitu 76 kes di Kota Bharu, 69 kes di Tumpat, 49 kes di Pasir Mas, lapan kes di Kuala Krai dan Bachok, lima kes baharu di Pasir Puteh dan penjara, empat di Tanah Merah dan masing-masing satu di Jeli dan Machang.

Tujuh daerah masih berada di zon merah ialah Kota Bharu, Bachok, Tumpat, Pasir Puteh, Machang, Pasir Mas dan Tanah Merah

Melalui entri sama, JKNK juga menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi saranan dan nasihat kesihatan yang ditekankan iaitu mengelak kawasan sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here