Home Koronavirus 558 kakitangan Alam Flora jalani ujian calitan

558 kakitangan Alam Flora jalani ujian calitan

0
558 kakitangan Alam Flora jalani ujian calitan

KUANTAN – Seramai 558 kakitangan Alam Flora termasuk ahli keluarga menjalani ujian calitan Covid-19 selepas kes positif susulan Kluster Indera Mahkota 3 (IM3), pada Selasa.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Sharudin Hamid berkata, ujian calitan itu dibuat bagi memastikan penularan jangkitan Covid-19 dapat diputuskan.

“Saya difahamkan kesemua kakitangan Alam Flora termasuk ahli keluarga diarahkan membuat ujian itu di Wisma Belia Indera Mahkota, pagi tadi (Rabu).

“Jadi, mereka semua akan menjalani tempoh kuarantin seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Dua edaran makluman mengenai kakitangan dan ahli keluarga yang beratur di Wisma Belia Indera Mahkota bagi jalani ujian calitan itu.

Dalam edaran itu memaklumkan sebanyak 600 sampel telah diambil.

Terdapat satu lagi edaran mengenai kutipan sampah yang didakwa tidak akan dilakukan dalam tempoh dua minggu susulan semua kakitangan Alam Flora perlu dikuarantin.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Sharudin berkata, kutipan sampah di daerah ini akan tetap diteruskan secara berkala.

Katanya, khidmat kakitangan dari daerah lain terpaksa digunakan bagi memastikan sampah dapat dipungut.

“Kita akui akan ada masalah, tetapi pihak kita akan cuba atasinya dengan sebaiknya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here