Home Koronavirus 12 kematian baharu Covid-19

12 kematian baharu Covid-19

0
12 kematian baharu Covid-19

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 12 kematian baharu akibat Covid-19 pada Rabu.

Daripada jumlah tersebut, dua kes adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Menurut laman sesawang CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini disebabkan oleh virus berkenaan ialah 31,930.

Laporan berkenaan turut memaklumkan bahawa purata lima daripada satu juta populasi kematian akibat Covid-19 di negara ini direkodkan bagi tempoh dua minggu ini.

Terengganu menjadi negeri tertinggi purata kematian setakat ini dengan 11 kematian, diikuti Melaka (lapan) dan Negeri Sembilan (tujuh).

Setakat Rabu, KKM merekodkan 4,744 kes baharu positif Covid-19 pada menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah 2,844,969.

Dalam masa yang sama, kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 54.4 peratus dan penggunaan alat bantuan pernafasan sekitar 36.6 peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here