Home Koronavirus 203,943 individu dewasa terima dos penggalak

203,943 individu dewasa terima dos penggalak

0
203,943 individu dewasa terima dos penggalak

KUALA LUMPUR – Seramai 203,943 individu dewasa di negara ini menerima dos penggalak Covid-19 pada Rabu, menjadikan jumlah kumulatif bagi pemberian dos penggalak meningkat kepada 11,327,531 atau 48.4 peratus.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman CovidNow, seramai 22,920,175 atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa telah lengkap menerima vaksinasi, manakala 23,197,884 individu atau 99.1 peratus daripada kumpulan itu, menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,784,682 individu atau 88.5 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,865,987 individu atau 91.1 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Statistik harian menunjukkan sebanyak 208,042 dos vaksin telah diberikan pada Rabu melibatkan 1,677 dos pertama, 2,422 dos lengkap dan 203,943 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bertambah kepada 62,892,195 dos.

Sementara itu, menurut portal Github KKM, sebanyak 12 kematian Covid-19 dilaporkan pada Rabu dengan Sabah dan Selangor masing-masing merekodkan tiga kes, Johor (dua kes) dan masing-masing satu kes di Melaka, Pahang, Perak dan Pulau Pinang. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here