Ketua Pengarang Sinar Harian meninggal dunia

0
Ketua Pengarang Sinar Harian meninggal dunia

Ketua Pengarang Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), kira-kira jam 7.23 pagi.

Difahamkan, Allahyarham dibawa ke sebuah hospital swasta sebelum dipindahkan ke PPUM dua minggu lalu selepas sering mengadu di bahagian perut.

Allahyarham yang mula bertugas di Sinar Harian pada 1 April tahun lalu meninggalkan seorang balu dan dua anak.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Bilal Bin Rabbah, Taman Koperasi Polis Kuala Lumpur untuk disolatkan sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Raudatul Sakinan, Taman Batu Muda untuk disemadikan.

https://www.sinarharian.com.my/article/110519/BERITA/Nasional/Ketua-Pengarang-Sinar-Harian-meninggal-dunia