Home bajet2022 RM734 juta tuntutan penyakit kritikal, hospitaliti

RM734 juta tuntutan penyakit kritikal, hospitaliti

0
RM734 juta tuntutan penyakit kritikal, hospitaliti
mySalam turut meluluskan tuntutan kepada 500,000 individu disebabkan Covid-19 dengan nilai keseluruhan RM330 juta.

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Skim Perlindungan Nasional (mySalam) telah meluluskan tuntutan berkaitan penyakit kritikal dan hospitaliti berjumlah RM734 juta kepada 1.5 juta individu B40.

Beliau berkata, ini termasuklah 500,000 individu yang menerima pampasan disebabkan Covid-19 dengan nilai keseluruhan RM330 juta.

“Kerajaan berhasrat untuk meneruskan pelaksanaan mySalam kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sepanjang tahun 2023,” katanya dalam pembentangan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat.

Belanjawan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here